FinaL ExAm...!!!

ASSALAMUALAIKUM IMAN <3 waaa....lama nya tak update blog....haha..alang dah update ney saya nak citer cikit...yang tak lama lagi saya nak hadapi final exam f0r semester1 f0r asasi sains 2012/2013 diUMS...eee seramnya..dah la..ready pun bl0m....sekarang ney kmi dalam study week...dah rabuu...aduuh...nex week 1st day ,selasa exam chem...ney subjek terlemahku...help me!!bagi kawan2 yang baca bl0g tburuk(nanti saya repair ya) ney..D0akan saya m0ga ceMerlang dan ilmu tuu..dapat saya bawa ke mana-mana....dikesempatan ney saya sertakan d0a-d0a menghadapi peperiksaan..sem0ga dapat dimanfaatkan... 1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN (Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin) Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih" 2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN <
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa) Maksudnya: "Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)" 3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)". 4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG (Dibaca sebelum tidur setiap harisehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa') Maksudnya: "Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh". 5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA. Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.
Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan." Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya. PERSEDIAAN MENTAL MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN 1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya. 2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati. 3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA. PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN 1.Jangan lupa ambil sarapan pagi. 2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda. 3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda. 4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda. 5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang. 6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan. 7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda. MEMULAKAN PEPERIKSAAN 1.Dengar arahan pengawas peperiksaan. 2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap. 3.Lihat semua soalan. 4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei). 5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa. 6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu. Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya. Wasallam.

'Dean List' Kerana Allah

Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka. Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap. Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ...:DD

Menanti Cinta Terpelihara : Sukarnya Kerana Keindahannya

Betapa indah sebuah kesabaran Tatkala tak kulihat wajahmu yang menawan Jika suatu hari atau pada saat tertentu Dunia dijual, betapa tinggi harganya..." (Syair Arab) Bersabarlah saat menanti kerana ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat itu, segalanya akan berakhir dan pastinya akan berlalu. Berakhir bererti tamatlah sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, maka beruntunglah. Jua pada sekeping hati yang penuh percaya pada Allah Maha Pencipta, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Bahawa cinta itu penuh kebaikan dan hasanah. Yang menuntut sepenuh kepercayaan jiwa dan raga. " Di Tangan Engkaulah segala kebaikan." (Surah Ali Imran ayat 26) Dan manusia itu akan sentiasa menanti. Saat yang seharusnya umum setiap manusia bernama hamba menunggu. Bertemu Rabbil Izzati. Bertemu wajah cinta nan suci. Betapa sukar detik-detik sebelumnya. Betapa jatuh dan bangun setiap hamba. Bernafas pada udara yang diciptakan Allah. Sungguh, ia anugerah terindah. " Dan Dia memberi balasan kepada mereka dengan syurga dan pakaian sutera." (Surah Al Insaan ayat 12) Dia kirimkan utusan. Di kiri dan kanan. Saat hamba terpandang suatu cahaya, maka beruntunglah ia. Dan andai sebaliknya, sungguh percayalah. Bahawa ia menuntut waktu yang lama untuk kembali membelek kusam-kusam hati. Dan berbezalah mereka yang menjaga hati demi menanti sebuah cinta yang sejati. Namun, saat hati sedang menanti. Begitulah lumrah seorang hamba. Ingin dikurniai sebuah cinta. Ia mahu zahirnya halal. Ia mahu batinnya terindah. Titip-titip kesabaran jadi ubat. Kiri dan kanan sentiasa utusan menemani. Namun taqwa dan iman sahaja mampu memegang. Untuk sentiasa masuk ke catatan kanan. " Mereka katakan, jangan biarkan pandangan mata Dua mata yang bertatap tentukan berpandangan Bertukar celak mata adalah hal yang binasa Jika pandangan itu dengan menjaga perasaan...." (Syair Manaqib al-Syafi'e) Hati itu lembut. Hati itu menyerahnya mudah. Hati itu sudah tentu mudah menangis. Ramai hamba menangis. Kerana hatinya menanti sebuah cinta. Kerana kesedaran menanti cinta halal itu terbukti berduri ranjaunya. Kerana Allah jualah yang membolak balikkan hati. Kerana Allah jualah cinta itu berhak untuk menanti. Betapa cinta itu lumrah. Betapa solat itu imarah. Untuk menghilangkan kelaparan. " Kesukaanku dijadikan di dalam solat dan aku dijadikan meyukai wanita serta wangian. Orang yang lapar kenyang dan orang yang dahaga dapat minum sepuasnya. Sedangkan aku tidak kenyang kerna mencintai solat dan wanita." (Hadis Riwayat Sahih Muslim) Menangis sekeping hati. Saat hamba bertemu rasa sebenarnya. Pada titik sebuah cinta. Pengharapan dan keyakinan yang menebal. Bangitkan cahaya yang kusam kan menjadi terang benderang. Lalu berpautlah pada ayat-ayat cinta dari Tuhan Penguasa Cinta. Penuh isi. Penuh hikmah. Cukup benar, demi menanti sebuah cinta. Demi cinta yang terpelihara, berjuang untuknya tak harus berkurang. Malah bertambahnya ia pada kualiti berbanding kuantiti. Menyesakkan jiwa bisa bangkit sebuah rasa yang takkan termampu dihurai dek kata. Mereka menegur, dia tersenyum. Mereka membantah, dia berhikmah. Mereka berbuat zalim dia kan berdakwah. Membaiki zarah-zarah kecil pada pasak hati. DEMI dan HANYA cinta sejati. "Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." (Surah As-Sajadah ayat 17) Ayat-ayat cinta, takkan pernah tertelan dek zaman. Bahawa janji Allah adalah sentiasa pasti. Cinta tidak harus memiliki. Cinta itu harus dibiar seri. Ditambah baja-baja hijrah dan istiqamah. Lalu nawaitu meluruskan iktikad. Dan terus, bertemulah titik cinta sejati. Yang sebelumnya dipenuhi rahsia. Cinta sejati sentiasa rasa dekat di hati. Kerna istikharah berbisik sepi. Untuk mereka yang sangsi. Telah bertasbih doa, bahawa harusnya Allah kurniakan pengakhiran. Yang terbaik buat diri. Yang terbaik untuk kini dan selamanya. Itu isi yang terpateri. Pada sebuah janji yang berzikir sambil menanti. "Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan dan rahsiakan), Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Mulk ayat 14) Takkan menghilang rasa di hati. Andai sentiasa hati mahu nama bersemi. Pada sujud sebuah cinta. Pada tetap sebuah usaha. Pada yakin sebuah janji. Dan pada sabar pada goda di sisi. Berjuang hamba memperbaiki diri, bukan untuk si dia yang dinanti. Berjuang hamba pada Ilahi, demi jadi hamba sejati. Betapa indah tiada terperi, sebuah cinta yang menanti. "Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi) Sungguh, cinta ini Demi dan Hanya untukNya!

c0ntinue...

ok....gney bha tue,,erm .kmi d surau tgah tunggu waktu isya' ,malam khamis 2...20/6/2012..tunggu pnya tunggu,,tup2 papaq call...*eh pelik la aq,,jarang bha papaq call waktu g2*...dy kata ada 0rg pinang aq!!!0h ,my...bkan men aq tkjut...truz papaq blang "orang 2 perlu jwapan segera,dy snggup tunggu 1 1/2 thn"..blank la aq kan3x~aq jwab la "apa ney pa?ita x pham la?*mcm mw terjtuh dah jntung q tw tyme 2..*(papaq mna perna ckap psal guy ngan aq)...n bla...bla...bla...la ka~
last2,dy blang..Ums bha lmar kw..dy mw jwapan segera...mcm mna?astaga~~~hmmm mcm mw ngis aq,,bha result ku bgitu....hehe..syukurnya aq...
bes0k ,,st0p STPM,,hhahaha~
-i2 la cerita Que-